Sebagai manusia biasa, seorang ahli perniagaan memiliki motivasi tertentu yang membuat beliau melibatkan diri dalam bidang perniagaaan. Ini berlaku kepada semua bangsa tidak kiralah Melayu, Cina atau pun India. Setiap ahli perniagaan pasti memiliki sebuah motivasi yang menyebabkan beliau menceburi bidang perniagaan.
Terdapat dua macam motivasi yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan:
1. Motivasi yang berbentuk material atau kebendaan seperti wang, harta, rumah kereta dan perhiasaan. Motivasi ini boleh dikatakan berpaksikan dengan wang. Barangkali seseorang itu yang menceburi perniagaan kerana duit. Dengan itu, beliau boleh membeli apa yang diinginkan dan dikehendakinya.
2. Motivasi yang bukan berbentuk kebendaan. Motivasi ini merujuk kepada hobi, kebahagian kerana mudah melakukan apa saja dan kepentingan untuk memajukan agama dan bangsa. Bagi ahli perniagaan yang memiliki motivasi ini, hasil daripada keuntungan yang diperolehi merupakan alat untuk mencapai matlamat motivasi tersebut.
Namun begitu, untuk berjaya dalam bidang bisnes kedua-dua motivasi di atas digabungkan.Ini kerana kedua- dua motivasi ini saling melengkapi antara satu sama lain.
0 Responses to "Motivasi usahawan dalam perniagaan"
Leave a Reply