Ada pelbagai sebab usahawan dan perniagaan yang baru menemui kegagalan. Realitiya, setiap tahun bilangan yang mendaftarkan perniagaan mereka adalah banyak. Pada tahun kedua, hanya 20 peratus sahaja yang berjaya meneruskan perniagaannya.
Faktor utama kegagalan tersebut sebenarnya adalah dalam kawalan usahawan itu sendiri dan dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti persekitaran peniagaan dan lain-lain.
Bagi mengelakkan perniagaan anda terutamanya perniagaan yang baru menceburi bidang perniagaan, tip-tip berikut mungkin akan membantu anda dalam memastikan perniagaan anda terus berkembang dan maju :
1. Memasarkan produk mengikut kesesuaian masa untuk memasuki pasaran. Dalam memasarkan sesuatu produk, seorang usahawan perlu mengetahui kesuaian masa untuk memasuki pasaran. Jika produk tersebut terlalu awal atau terlalu lewat ditawarkan ke pasaran, ini akan mengundang padah.
2. Mengatasi masalah reka bentuk produk. Reka bentuk produk yang bermasalah boleh memberi kesan kepada kualiti dan keselamatan, turut juga akan mendatangkan kesan kepada jualan. Di sini kita dapat lihat, produk yang menarik dan menepati kehendak pelanggan akan meningkatkan dan merangsang penjualan produk.
3. Strategi pengedaran pelanggan. Kadang kala strategi pengedaran yang digunakan adalah tidak bertepatan dengan segmentasi pasaran bagi produk tersebut. jadi, usahawan mestilah memastikan segman pasaran bertepatan dengan strategi pengedaran yang sesuai agar produk mudah sampai kepada pengguna.
4. Terlampau bergantung kepada pelanggan utama. Seorang usahawan digalakkan agar tidak mengabaikan pelanggan yang lain dan tidak terlalu bergantung kepada pelanggan utama. Sebabnya adalah bagi mengurangkan kesan buruk yang sekiranya pelanggan utama itu medapat musibah dan beralih kepada pembekal lain.
0 Responses to "Mengapa perniagaan baru banyak menemui kegagalan ?"
Leave a Reply