Perkataaan Entrepreneur berasal daripada bahasa Perancis iaitu entreprendre yang diperkenalkan oleh Richard cantillon pada tahun 1775 yang bermaksud memikul tugas atau mencuba.
Richard Cantillon merupakan seorang ahli ekonomi irish yang telah dianggap oleh Schumpeter sebagai orang yang pertama memperkenalkan konsep keusahawanan. Cantillon melihat usahawan sebagai agen perubahan yang membeli alat-alat pengeluaran untuk menghasilkan barangan yang boleh dipasarkan. Sewaktu membeli, usahawan tidak pasti tentang harga yang bakal dikenakan kepadanya. Dengan itu, wujudnya risiko dan spekulasi.
Karya " essai sur la de commerce" diterbitkan pertama kalinya selepas 20 tahun kematian beliau. Dalam karyanya beliau mendapati dan memperhtikan saudagar, petani tukang dan peniaga tunggal membeli pada harga lain dan menjual pada harga lain.
Perkataan usahawan mula digunapakai pada awal 1970-an dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).
0 Responses to "Apa itu entrepreneur?"
Leave a Reply