Selamat berpuasa semua.Esok, tanggal 22 Ogos 2009 merupakan hari permulaan puasa bagi seluruh umat Islam di Malaysia.Terasa bagaikan baru semalam kita menghabiskan ibadah puasa tahun lalu.Itulah yang dikatakan masa begitu cepat berlalu. Sayu juga mengenangkan insan -insan yang tidak dapat bertemu dengan Ramadan kali ini sedangkan mereka masih sihat ketika menjalani ibadah puasa tahun lepas. Mereka pun sendiri tak tahu bahawa Ramadan tersebut merupakan Ramadan yang terakhir.

Beruntunglah orang -orang yang bertemu Ramadan kali ini.Diharapkan kita melakukan sedikit perubahan dan menambahkan amalan agar lebih baik daripada sebelumnya.Mudah-mudahan selepas kita berada dalam madrasah Ramadan bertambah iman dan amal kita.

Salam Ramadan dan Selamat Berpuasa daripada Siswa Bisnes.