Pada minggu lepas, saya sempat juga menghadiri seminar keusahawanan yang diadakan di Dewan Pusat Kegiatan Pelajar, UUM.
Walaupun saya dapat hadir hanya pada sesi soal jawab atas sebab yang tidak dapat elakkan.Akan tetapi saya telah mendapat input yang menarik untuk dikongsikan:
Pertama, ini adalah nasihat kepada mahasiswa yang ingin menjadi usahawan.Anda digalakkan memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di universiti lagi seperti menjual top-up dan barang yang tiada dijual di U anda.Sebabnya, keadaan ini akan membiasakan anda dengan pengaliran tunai yang masuk dan keluar.Maka, lepas tamat pengajian sudah boleh menceburi bidang perniagaan kerana anda sudah ada asas pengetahuan pengurusan kewangan.
Kedua, jika anda ingi melibatkan diri dalam perniagaan , beliau menasihatkan agar menceburi bidang yang melibatkan risiko yang rendah seperti perniagaan francais seperti Big apple, Donut Dunkin dan Sebagainya.
Oh ya... penceramah tersebut merupakan mantan pensyarah dan menjadi seorang usahwan pada masa kini dalam perniagaan francais.
0 Responses to "coretan seminar keusahawanan"
Leave a Reply