Bukan mudah untuk berjaya dan mencipta kejayaan tetapi dengan berbekalkan semangat dan sikap yang tidak mudah putus asa, seseorang itu boleh mencipta kejayaan.

Dalam post kali kita akan berkongsi kejayaan seorang wanita yang telah mencipta nama dalam industri beras negara. Beliau merupakan pembekal beras terkemuka negara iaitu Faiza Bayumi yang menjadi pengasas kepada Syarikat Faiza Sendirian Berhad.

Semuanya bermula dengan RM4. Kehidupan seorang suri rumah sepenuh masa kelahiran Arab yang berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 bertukar menjadi seorang usahawan beras dan rempah yang berjaya. Kisah RM4 cukup besar maknanya kepada Faiza Bayumi, apabila beliau berjaya menjual baju kanak-kanak yang dijahitnya sendiri dengan harga RM4 kepada pelanggan.

Wang RM4 yang diperoleh Faiza mendorong beliau untuk berniaga dari rumah ke rumah. Selain menjahit baju untuk berniaga Faiza mencuba nasib membuat rempah yang berjenama Bunga Raya dan menjaja rempah tersebut ke rumah jiran dan kedai.

Walaupun perniagaan rempah Faiza mendorong kurang mendapat sambutan, wanita tabah ini tidak mengalah. Lantas, Faiza memulakan perniagaan beras secara kecil-kecilan. Ternyata usaha Faiza membuahkan hasil.Perniagaannya mendapat sambutan sehingga membawa beliau melebarkan perniagaan dengan memohon lesen pemborong beras dan pelbagai jenis termasuk beras wangi dan beras Siam.

Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras beras keluaran syarikat Faiza yang ditubuhkan pada tahun 1982, mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar beras wangi. Jaringan perniagaan perniagaan Faiza bukan sekadar hanya dalam kalangan pelanggan di sekitar Johor malah jenama mula dipercayai pelanggan di Melaka dan Kuala Lumpur. Apabila jenama Beras Faiza semakin dipercayai telah membawa kepada penubuhan syarikat korporat yang dilihat lebih berdaya saing. Secara rasminya, pada tahun 1992, Syarikat Faiza dikenali sebagai Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB).

Anugerah yang diterima
Kebolehan luar biasa SFSB membolehkan syarikat pembekal beras termkemuka negara ini mendapat pelbagai pengiktifan. Antaranya termasuklah, ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada Mac 2004, anugerah Superbrand Taj Mahal oleh Superbrand Malaysia pada November 2003, anugerah sijil Halal 2003 oleh JAKIM dan anugerah Pembekal Beras Terbaik BERNAS pada Julai 2001.

Usahawan wanita yang telah melalui pebagai halangan dalam perniagaan ini boleh diangkat sebagai ikon usahawan yang wajar dicontohi. Kejayaan beliau membina sebuah syarikat pengeluar beras yang terkemuka bukanlah sesuatu yang mudah kerana wanita ini tidak menyangka perniagaan Beras secara kecil-kecilan pada 43 tahun lalu membuahkan hasil.

0 Responses to "Kisah RM 4 & Faiza Bayumi"

Leave a Reply