Jaringan usahawan adalah semua hubungan yang wujud atau terbentuk dan dikekalkan oleh usahwan dengan orang yang berada disekelilingnya untuk mendapat manfaat bersama. Jaringan usahawan dalam perniagaan sangat penting dalam mengembangkan sesebuah perniaagan. Jaringan usahawan amat penting dan diperlukan oleh seorang usahawan terutamanya dalam peringkat permulaan dan pengembangan perniagaan mereka. Sebenarnya, jaringan ini wujud tanpa kita sedari. Berikut adalah contoh dan jenis jaringan yang dimiliki seorang usahawan.
jaringan awam. Jaringan awam adalah suber awam di mana seorang usahawan dapat menggunakan ini, untuk meningkatkan pengetahuan , mendpatkan maklumat serta sebagai perantara dengan pihak tertentu. Sumber awam termasuklah majalah-majalah, surat khabar, tv. Kadang kala seorang boleh mendapat pengiklanan secara percuma melalui jaringan ini. Misalnya, usahawan boleh meminta satu ruangan khas untuk menceritakan pasal produk dan syarikatnya. Jadi, dia perlu ke pejabat surat khabar.
jaringan perniagaan. Jaringan ini dikenali sebagai jaringan formal dan secara umumnya berasakan aktiviti yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan. Jaringan ini lebih kepada hubunganusahawan dengan pihak-pihak luar seperti bank , kerajaan dan persatuan perniagaan . Hubungan ini akan mewujudkan rantaian jaringan usahawan.
0 Responses to "Jaringan usahawan"
Leave a Reply