Dalam post ini kita akan berkongsi kisah usahawan perniagaan yang berjaya dan banyak membuat tanggungjawab sosial di Malaysia.Sekurang- kurangnya kisah usahawan ini boleh memotivasikan anda semua termasuk saya.Kalau saya sebut, anda mesti kenal punya. Beliau adalah Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Saya amat mengagumi beliau kerana beliau mampu mencipta kejayaan, dan mampu mengembangkan perniagaannya dengan berkelulusan SPM.Tan Sri syed Mokhtar Al-bukhary mula berniaga ketika berusia 19 tahun dengan menjual dan membeli lembu dan kerbau.

Aset yang dimilikinya adalah RM 1,425 juta dan merupakan orang yang ke -7 terkaya di Malaysia dan ke-32 terkaya Asia Tenggara berdasarkan Forbes.Antara syarikat miliknya adalah MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS,Gardenia,DBR-HICOM dan Bank Muamalat.

Antara petikan kata- kata beliau:

  1. Ada sebab saya bekerja seperti tiada hari esok.Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya.Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
  2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tidak mengapa, tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit.Masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan;Banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata- mata.
  3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa,budak dangau macam saudara semua juga.Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya.Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun.Tetapi tentulah ia memakan masa.Tiada jalan singkat.
  4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.Apa yang tdak mampu buat, saya akan minta orang lain tengok- tengokkan.Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal. Bersambung....

0 Responses to "Usahawan berjaya dan Sosial Malaysia"

Leave a Reply