Pada malam sabtu lalu, saya bertolak dari balik ke kampus UUM.Akan tetapi, bas yang ditunggu tidak datang pada waktu yang ditetapkan iaitu pada jam 12.00 malam. Hal ini menyebabkan para penumpang termasuk saya terpaksa menunggu lagi dan akhir bas tersebut tiba dalam 12.45 pagi dan bertolak pada jam 1.00 pagi akibat timbul masalah jumlah penumpang yang lebih.

Jadi dalam posting kali ini, saya akan beperapa berkongsi tip penting dalam perniagaaan:

  1. Tepati masa. Masa amat penting dalam perniagaan kerana sekiranya anda tidak menepati masa yang dijanjikan, perniagaan anda akan kehilangan pelanggan.Ini juga akan menyebabkan pelangan anda kuarang percaya terhadap perkhidmatan yang bakal ditawarkan pada masa hadapan.Contoh, perkhidmatan bas yang datang lambat.
2. merancang.Perniagaan amat mementingkan perancangan.Bak kata pepatah gagal merancang, merancang untuk gagal.Tanpa perancang yang teliti anda akan betindak hentam kromo dan tidak berfikir panjang.

Berdasarkan situasi di atas, anda akan kehilangan beribu-ribu pelanggan dalam sekelip mata sahaja.Joe Gigard pernah berkata seorang pelanggan mempunyai sekurang- kurangnya 250 kenalan.Wah menakjubkan bukan.Jadi Berapa banyak syarikat bas itu akan datang sekiranya berita tentang perkhidmatan bas yang ditawarkan kuarng berkualiti. Fikirlah sendiri.

0 Responses to "Cuti Pertengahan Semester dah berakhir"

Leave a Reply