1) Tan Sri Robert Kuok Hock Nien (Kerry Group/Kuok Group) RM42.76 bilion (pics right)
.
2) Tan Sri T. Ananda Krishnan (Usaha Tegas) RM27b
.
3) Tan Sri Lee Shin Cheng (IOI Group) RM11.92b
.
4) Tan Sri Teh Hong Piow (Public Bank) RM10.86b
.
5) Tan Sri Lim Kok Thay (Genting Group) RM10.38b
.
6) Tan Sri Quek Leng Chan (Hong Leong Group) RM7.09b
.
7) Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary (Al-Bukhary Foundation) RM6.01b (pics left)
.
8) Puan Sri Lee Kim Hua (Genting Group) RM4.4b
.
9) Tan Sri Tiong Hiew King (Rimbunan Hijau) RM3.5b
.
10) Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun (Berjaya Group) RM3.2b
.
sumber: The Star

Malaysia tidak terburu-buru membuat tanggapan dan sentiasa menyambut baik perundingan dan kerjasama dalam usaha memperkasakan ekonomi negara, kata bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Beliau yang juga Profesor Adjung College of Business, Universiti Utara Malaysia (UUM COB) menegaskan rakyat Malaysia seharusnya memahami terlebih dahulu apa yang terkandung dalam Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) dengan mendalam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Kerajaan sentiasa peka dan sedia membantu rakyat untuk meningkatkan daya saing serta meningkatkan penguasaan pasaran asalkan mereka sanggup berubah dan bersedia menerima FTA jika tidak mahu ketinggalan dalam pasaran.

“Ini tidak bermakna mereka mudah memasuki pasaran kerana kita mempunyai dasar dan polisi untuk melindungi barangan dan menjaga perkara sensitif yang tidak boleh dikompromi. Ada perkara yang boleh disentuh dan ada perkara yang kita perlu jaga untuk menjamin kepentingan nasional,” katanya dalam satu program Business Talk anjuran UUM COB di Dewan Angsana, EDC-UUM, semalam. Tambahnya, Malaysia adalah satu pasaran yang berpotensi besar yang sentiasa menarik pelabur asing untuk melabur memandangkan persekitaran politik yang kondusif untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

“Dalam dunia tanpa sempadan, kita tidak boleh menghalang kemasukan pelabur dari luar kerana kepesatan ekonomi negara juga bergantung kepada naik turun pasaran dunia. “Saya percaya apabila memasuki FTA kita dapat memasarkan produk dan perkhidmatan ke seluruh dunia untuk menjana pendapatan negara dan perlu fokus pada pasaran bukannya melihat dari sudut politik semata-mata,” ujarnya kepada mahasiswa dan staf UUM.

Rafidah berkata, China menjadi rakan dagangan kedua terbesar Malaysia. Ia memiliki penduduk paling ramai dan merupakan kuasa gergasi dunia yang dilihat berpotensi untuk muncul sebagai kuasa ekonomi dunia. Ujarnya, dengan adanya jalinan kerjasama yang erat dengan kuasa besar ini akan memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak dalam usaha membangunkan negara.Tambahnya, negara maju seperti Amerika Syarikat, New Zealand dan Kesatuan Eropah sentiasa mengintai peluang untuk mengambil kesempatan terhadap negara sedang membangun yang memerlukan kita lebih berhati-hati dalam apa jua tindakan dan keputusan.

Dalam ceramah bertajuk FTA: Prospects and Implications for Malaysia, beliau menambah, pasaran yang dikuasai negara maju lebih sukar untuk ditembusi kerana mereka mengambil berat akan isu-isu seperti pemanasan global, sumber lestari dan hak asasi manusia. Rafidah turut mengulas mengenai Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) dengan menyifatkan sekiranya mereka bijak menghasilkan produk dan perkhidmatan yang berkesan, AFTA adalah pasaran serantau yang bakal muncul dengan potensi besar bagi pengeksport Malaysia. Beliau mengingatkan para pengeksport Malaysia agar sentiasa berada pada kedudukan setanding dengan pesaing mereka untuk menembusi pasaran baru itu. “Pasaran serantau ini juga telah membantu Malaysia untuk mengurangkan kesan buruk dari impak kegawatan ekonomi antarabangsa sekarang ini. Negara telah berjaya mengembangkan dengan jayanya penguasaan mereka dalam AFTA walaupun halangan bukan tarif masih wujud,” ulasnya. Jelasnya, peniaga dan pengeksport Malaysia masih ketinggalan dari segi penguasaan pasaran dalam rantau ini dan usaha ke arah itu sedang giat dijalankan untuk memastikan kestabilan dan kepesatan pasaran.

Menurutnya, bebas cukai akan dinikmati di antara negara Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) yang mempunyai pasaran besar mewakili bilangan penduduk yang tinggi dilihat mampu memberi persaingan yang sihat dalam kalangan negara ahli yang mana memerlukan strategi untuk memasuki pasaran, mencari peluang, membangunkan dan mengadakan promosi secara berkesan dan berterusan. “Bagi negara lain seperti Kemboja, Vietnam, Laos dan Myanmar yang dilanda krisis politik yang tidak menentu, mereka memerlukan masa untuk membangun. Sebagai negara jiran kita perlu membantu mereka untuk melonjakkan pasaran,” ujarnya. Katanya, AFTA mempunyai dasar dan polisi yang telah ditetapkan untuk kemakmuran bersama di samping meningkatkan hubungan dan merintis kerjasama di antara negara ASEAN.

Sumber : PROUUM ONLINE

Etika ialah satu sistem prinsip moral dalam menentukan sesuatu perbuatan itu betul atau salah. Menurut Hisrich dan Peter (2002) etika perniagaan merupakan ke atas perlakuan atau tingkah laku dan moral dalam situasi perniagaan. Ianya melibatkan apa yang patut atau tidak , boleh atau tidak, perlu atau tidak dipraktikkan dalam pengendalian perniagaan baik dari segi pembangunan produk mahupun pelaksanaan perkhidmatan. Terdapat pelbagai pihak yang berkepentingan dalam perjalanan sebuah perniagaan seperti pelanggan pekerja pembekal, pekerja pembiaya, kerajaan dan sebagainya yang menerima kesan dari pelaksanaan keputusan yang tidak beretika.

Kod etika diwujudkan dalam pelaksanaan etika. Kod etika adalah garis panduan yang dibentuk dalam menerangkan bentuk pebuatan yang boleh dan tidak boleh dalam satu profesyen tertentu. Adakalanya, kod etika tidak tercatat tetapi boleh difahami oleh mereka yang terlibat dalam bidang berkenaan demi menjaga kepentingan keharmonian yang dijalankan.

Kebanyakan kod etika ini terdiri daripada dua komponen, pertama menonjolkan bahagian harapan yang menggariskan apa harapan atau perkara perkara yang ingin ditekan oleh organisasi berkenaan.

Pembangunan Kod Etika Perniagaan


Beberapa persoalan yang perlu difikirkan dan dikaji serta sebelum membangunkan kod etika dalam organisasi itu sendiri.


• Siapakah yang akan terlibat?

• Bagaimana anda menapis keperluan organisasi anda dengan kepercayan setiap ahli semasa membangunkan dokumen tersebut?

• Adakah kod itu akan melibatkan penguasaan? Jika ya bagaimanaia dilakukan

• Bagaimana kod ini dilaksanakan?

• Adakah kod ini akan hebahkan secara dalaman atau juga pihak diluar organsasi?

• Bila dan bagaimana kod etika ini disemak semula?


Kita semua perlu sedar bahawa kod etika ini tidak menyelesaikan semua masalah etika dalam organisasi kerana foktor manusia dan sistem dalaman, adakalanya boleh diambil kesempatan oleh mereka yang pandai memanupulasikan keadaan untuk kepentingan diri.

Bukan mudah untuk berjaya dan mencipta kejayaan tetapi dengan berbekalkan semangat dan sikap yang tidak mudah putus asa, seseorang itu boleh mencipta kejayaan.

Dalam post kali kita akan berkongsi kejayaan seorang wanita yang telah mencipta nama dalam industri beras negara. Beliau merupakan pembekal beras terkemuka negara iaitu Faiza Bayumi yang menjadi pengasas kepada Syarikat Faiza Sendirian Berhad.

Semuanya bermula dengan RM4. Kehidupan seorang suri rumah sepenuh masa kelahiran Arab yang berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 bertukar menjadi seorang usahawan beras dan rempah yang berjaya. Kisah RM4 cukup besar maknanya kepada Faiza Bayumi, apabila beliau berjaya menjual baju kanak-kanak yang dijahitnya sendiri dengan harga RM4 kepada pelanggan.

Wang RM4 yang diperoleh Faiza mendorong beliau untuk berniaga dari rumah ke rumah. Selain menjahit baju untuk berniaga Faiza mencuba nasib membuat rempah yang berjenama Bunga Raya dan menjaja rempah tersebut ke rumah jiran dan kedai.

Walaupun perniagaan rempah Faiza mendorong kurang mendapat sambutan, wanita tabah ini tidak mengalah. Lantas, Faiza memulakan perniagaan beras secara kecil-kecilan. Ternyata usaha Faiza membuahkan hasil.Perniagaannya mendapat sambutan sehingga membawa beliau melebarkan perniagaan dengan memohon lesen pemborong beras dan pelbagai jenis termasuk beras wangi dan beras Siam.

Dalam tempoh sembilan tahun, perniagaan beras beras keluaran syarikat Faiza yang ditubuhkan pada tahun 1982, mendapat sambutan luar biasa daripada penggemar beras wangi. Jaringan perniagaan perniagaan Faiza bukan sekadar hanya dalam kalangan pelanggan di sekitar Johor malah jenama mula dipercayai pelanggan di Melaka dan Kuala Lumpur. Apabila jenama Beras Faiza semakin dipercayai telah membawa kepada penubuhan syarikat korporat yang dilihat lebih berdaya saing. Secara rasminya, pada tahun 1992, Syarikat Faiza dikenali sebagai Syarikat Faiza Sdn Bhd (SFSB).

Anugerah yang diterima
Kebolehan luar biasa SFSB membolehkan syarikat pembekal beras termkemuka negara ini mendapat pelbagai pengiktifan. Antaranya termasuklah, ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada Mac 2004, anugerah Superbrand Taj Mahal oleh Superbrand Malaysia pada November 2003, anugerah sijil Halal 2003 oleh JAKIM dan anugerah Pembekal Beras Terbaik BERNAS pada Julai 2001.

Usahawan wanita yang telah melalui pebagai halangan dalam perniagaan ini boleh diangkat sebagai ikon usahawan yang wajar dicontohi. Kejayaan beliau membina sebuah syarikat pengeluar beras yang terkemuka bukanlah sesuatu yang mudah kerana wanita ini tidak menyangka perniagaan Beras secara kecil-kecilan pada 43 tahun lalu membuahkan hasil.

Penulis Blogger memainkan peranan penting dalam menyebarkan informasi terkini dan sebagai medium yang baru kepada sesiapa sahaja untuk menyuarakan pandangan atau pendapat mereka.Tidak kiralah yang baik ataupun buruk.Oleh yang demikian, Dato seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sudah mula mengambil berat mengenai isu yang berkaitan dengan etika seorang Bloggger di Malaysia.


Antara Kod Etika Blogger yang dicadangkan oleh beliau adalah seperti berikut:

* Penulis blog perlu jujur dan adil dalam mengumpul, melapor dan menterjemahkan maklumat.

* Tidak memplagiat hasil tulisan.

* Mengenal pasti sumber yang boleh dipercayai.

* Tidak menerbitkan maklumat tidak tepat.

* Membezakan antara maklumat sokongan, komentari dan fakta.

* Mengakui sebarang kesilapan dan membuat pembetulan dengan segera.

* Menerangkan tujuan blog dan membuka perbincangan mengenainya kepada penulis blog lain dan orang ramai.

* Memberitahu sebarang aktiviti yang diadakan, kerjasama dan juga agenda peribadi mengenai blog.

* Berhati-hati dalam menyiarkan maklumat sensasi yang boleh memberi kesan pada mana-mana pihak.

Kod Etika yang disarankan oleh beliau diharap menjadi garis panduan dalam menulis ' entri' dalam penulisan blog.

Kod Etika Blogger ini dikeluarkan setelah beliau tertarik dengan artikel A Bloggers’ Code of Ethics yang ditulis oleh CyberJournalist yang menyentuh mengenai etika dalam dunia penulisan blog.

Pada pandangan peribadi saya, Kod Etika Blogger perlu terutamanya kepada penulis Blog yang menulis artikel yang berbaur politik, menyentuh isu sensitif perkauman di Malaysia, hiburan dan isu-isu semasa. Selain itu, isu-isu yang diutarakan oleh Blogger dalam menyatakan dan memberikan pandangan peribadi mereka terhadap isu yang dinyatakan sebentar tadi.

Namun begitu, dengan adanya kod etika sebegini, sedikit sebanyak memberikan garis panduan kepada para pengendali blog di Malaysia dalam menulis artikel blog mereka. Terutamanya bagi mereka yang baru menceburi bidang penulisan blog di tanah air.

Logo UUM.jpg




Student Group Activity 1              Name: ______________________________

Metric No.:__________________________

Activity 1: Introduction to entrepreneur

1. Briefly define the meaning of entrepreneur and entrepreneurship  

2. Choose one successful corporate personality discuss his/her successful/failure story in the corporate arena. 

3. List and explain five (5) entrepreneur roles both in the society and nation?

Activity 2: Characteristics of an entrepreneur
After discussing the characteristics of an entrepreneur with your small group, consider which of those characteristics might describe you. Think about how you may have demonstrated some of the entrepreneurial characteristics through your schoolwork, extracurricular activities, or part-time job. Record your personal entrepreneurial characteristics in the table below.
Personal Entrepreneurial Characteristics
1

2

3

4

5

6

7

8

9

10


Activity 3: Your business
With your small group, review the reasons someone might want to open a business. Share with your group some reasons that you might consider opening your own business and what type of business you would like to own. Record your reasons and type of business below.

Reasons I would consider opening my own business include:

The type of business I would like to own is:



 

 

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

PUSAT KO-KURIKULUM
UNIT KEUSAHAWANAN

KOD KURSUS:
VUC011
NAMA KURSUS:
SISWANIAGA 1
PRASYARAT:
TIADA
 
1.0       SINOPSIS

Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman pelajar berhubung aspek yang berkaitan dengan keushawanan. Para pelajar akan didedahkan mengenai asas, teori dan konsep keushawanan yang terkini. Di samping itu, para pelajar juga akan  didedahkan dengan kebarangkalian, cabaran dan ganjaran yang bakal diperolehi serta sumbangan yang boleh dilakukan oleh mereka jika menjadi seorang usahawan. Kursus in diharap mampu untuk melahirkan lebih ramai usahawan yang berjaya serta mendorong pelajar untuk memilih kerjaya usahawan sebagai pilihan pertama mereka.

2.0              OBJEKTIF KURSUS

Pada akhir kursus ini, pelajar diharap dapat

2.1        memahami konsep, aspek dan teori  keusahawanan, pengurusan, dan perundangan yang berkaitan dengan keusahawanan.
2.2        memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran keusahawanan untuk mengenalpasti idea perniagaan, keadah dan peluang untuk membangun dan menguruskan perniagaan.
2.3        mengenalpasti strategi untuk memulakan perniagaan dan memahami kepentingan kerja secara berpasukan
2.4        menyemai minat untuk menjadi seorang usahawan

3.0       HASIL PEMBELAJARAN

            Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat

3.1        mengenalpasti konsep asas dalam keusahawanan (C2, P2, A2)
3.2        menakrifkan konsep asas dalam keusahawanan (C2, P2, A2)
3.3        menerangkan konsep asas dalam keusahawanan. (C2, P2, A2)
3.4        menghuraikan ciri dan konsep keusahawanan, penilaian kendiri, dan kerja berpasukan (C2, P3, A3)
3.5        menerangkan cabaran dan peluang yang boleh diterokai dalam persekitaran perniagaan dan kerjaya sebagai seorang usahawan (C3, C5, P3, A3)
3.6        menerangkan aspek pengurusan yang cekap dan berkesan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang usahawanan. (C3, P3, A3)
3.7        menjelaskan prosedur dan aspek perundangan yang berkaitan dalam keusahawanan. (C3, P3, A3)
3.8        Menerangkan strategi memilih dan memulakan perniagaan. (C4, P6, A5)
4.0              RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof & Zakaria Yusof (2004). Prinsip Keusahawanan (2nd ed.). Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.
Hisrich. D, Peters P. (2002). Entreprenuership. 5th Edition. New York : McGraw Hill.
Kuratko, D. F. & Hodgetts, R. M. (2001). Entrepreneurship – A Contemporary Approach. New York : Harcourt College.
Medec. (1998). Asas Keusahawanan. Shah Alam: MEDEC.
Mohd. Salleh Hj. Din, Abu Bakar Hamed, Azahari Ramli & Shahrol Aman. (2002). Keusahawanan – Modul Pendidikan Jarak Jauh. Sintok: Pace, UUM.
Scarborough. M. M, Zimmerer. W. N. (2005). Essentials of Entrepreneurship and Small Business Management (4rd ed.). New Jersey: Pearson Prentice Hall.



5.0       ISI KANDUNGAN

BIL
TOPIK
JAM
1


1.0    Pengenalan
1.1    Pengenalan kepada kokurikulum keusahawanan


2
2
2.0  Asas-asas Usahawan & Keusahawanan
2.1  Definisi usahawan dan keusahawanan
2.2  Peranan usahawan dalam masyarakat dan Negara
2.3  Proses keputusan keusahawanan


2
3
3.0 Ciri-ciri Usahawan & Penilaian Kendiri
      3.1 Profil keusahawanan
      3.2 Kompetensi & Ketrampilan keusahawanan
      3.3 Penilaian Kendiri

2
4
4.0 Keusahawanan sebagai satu kerja
     
4
5
5.0 Pengenalan kepada dunia perniagaan
     
3
6
6.0 Merancang Usaha Teroka 
      6.1  Penilaian dan pemilihan idea perniagaan
3
7
7.0 Perniagaan di UUM. (peluang dan peraturan)
4
8
8.0 Semangat kerja berpasukan
2
9
9.0 Strategi Memulakan Perniagaan
      9.1 Memulakan sendiri
      9.2 Mengambilalih perniagaan sedia ada
      9.3 Perniagaan francais
        9.4 Jualan langsung
2
10
10.0 Latihan Kawad
     
2

11
11.0 Integrasi
   
2

JUMLAH
28 JAM


6.0       KAEDAH PENGAJARAN

Kuliah, perbincangan, kawad, integrasi, kajian kes, pentaftiran kendiri dan pembentangan.


7.0       PENILAIAN KURSUS

  Kerja  kursus
100%


































 Irfan khairi

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa komunikasi adalah amat penting dalam perniagaan. Lihat sahaja mereka yang berjaya dalam perniagaan, dalam negara ataupun luar negara, pastinya mereka tergolong daripada mereka yang hebat berkomunikasi. Donald Trump, Oprah Winfrey, Bill Gates, Tony Fernandez, Ananda Krishnan dan ramai lagi adalah mereka yang hebat berkomunikasi!

Berita baiknya adalah, mereka yang hebat berkomunikasi, bukannya dilahirkan terus menjadi hebat dalam komunikasi. Komunikasi adalah sesuatu yang boleh dipelajari. Dalam artikel ini saya terapkan 3 kunci usahawan jutawan dalam menarik minat sesiapa sahaja dengan menggunakan strategi komunikasi efektif.

Rahsia #1: Keghairahan

Keghairahan, minat yang mendalam dan cinta pada sesuatu topik itu akan menonjol apabila kita berbicara. Serlahkan keghairahan kita dalam percakapan kita. Ini sering kali menjadi mudah apabila kita bercakap mengenai sesuatu yang kita cinta. Oleh sebab itu juga, dalam perniagaan, pastikan perniagaan yang kita dalami adalah sesuatu yang menarik minat kita.

Apabila kita berbicara dengan penuh ghairah dan bersungguh-sungguh, pastinya ia akan berjaya menarik hati mereka yang mendengar berbanding dengan sekiranya kita hanya bercakap ala kadar dan tidak menunjukkan riak wajah yang ceria dan mempesonakan.
Keghairahan adalah kunci utama dalam berkomunikasi dengan efektif.

Rahsia #2: Beri Inspirasi

Beri inspirasi kepada audiens anda. Inspirasi akan menyentuh emosi. Emosi adalah apa yang akan menghubungkan antara anda dan pendengar pada tahap yang lebih mendalam. Percakapan seringkali akan menyentuh logik manusia. Tetapi, inspirasi akan menyentuh emosi manusia.

Kebanyakan daripada kelakuan manusia adalah berdasarkan emosi. Oleh itu, dengan menyentuh emosi melalui inspirasi, anda akan berjaya mendapat respons yang positif daripada audiens.
Sebagai contoh, sekiranya menyebut "Jimmy berjaya mendapat keputusan  cemerlang dalam peperiksaan", ia hanya menyentuh logik. Tetapi, sekiranya disertakan  sedikit inspirasi seperti "Jimmy berjaya mendapat keputusan cemerlang walaupun dirinya seorang OKU yang tidak dapat melihat sejak berumur 10 tahun akibat kemalangan", sudah tentunya memberi impak yang lebih tinggi oleh kerana disertakan sumber inspirasi.

Dalam berkomunikasi, cuba selitkan elemen-elemen inspirasi untuk menyentuh emosi pendengar anda.

Rahsia #3: Jelas & pendek

Bercakap dengan jelas. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah difahami. Fahami bahawa apabila kita berkomunikasi, kita sering berhadapan dengan mereka yang pelbagai latar belakang. Tidak semua akan fahami apa yang kita ingin sampaikan, oleh itu, gunakan perkataan yang mudah untuk di fahami.

Adakalanya kita perlu jelaskan semula supaya pendengar benar-benar faham apa yang kita hendak sampaikan.

Ketika memberi ceramah perniagaan Internet, terdapat berbagai-bagai bahasa Internet yang asing perlu digunakan. Seringkali saya tidak menggunakan bahasa-bahasa teknikal oleh kerana antara audiens mungkin ada yang tidak faham. Oleh itu, saya perlu permudahkan apa yang ingin disampaikan supaya ianya jelas. Sebagai contoh,  "Untuk menjalankan perniagaan Internet anda perlu membayar webhosting setiap tahun". Digantikan dengan "Untuk menjalankan perniagaan Internet, anda perlu membayar sewa seperti sewa kedai di luar sana. Sewa kedai di Internet di bayar setahun sekali dan dikenali sebagai web hosting". Haaa... baru lah ramai yang faham.
Dalam berkomunikasi juga, ringkaskan apa yang hendak dikatakan. Padatkannya. Jangan berikan sehingga 10 perkara apabila berkomunikasi. Berikan 3 sahaja mencukupi. Asalkan apa yang disampaikan dapat diterima pendengar.  Apa gunanya bercakap sehingga 1 jam sekiranya apa yang kita boleh sampaikan dapat difahami dalam masa 20 minit?
Mat Salleh menggunakan istilah KISS - Keep It Short and Simple. Anda juga perlu pendekkan dan permudahkan supaya lebih mudah audiense anda menyerap setiap perkara yang anda ingin sampaikan.
Itulah kunci komunikasi ke tiga!